Misi saya bantu Zii Jia raih emas - Tat Meng

Misi saya bantu Zii Jia raih emas – Tat Meng

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seperti kata pepatah, hujan panas di ne­geri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Sejauh mana jurulatih badminton negara, Wong Tat Meng berkelana di luar negara, akhirnya dia memilih pulang ke tanah air berkhidmat untuk Malaysia bagi merealisasikan impian pingat emas Sukan ­Olimpik 2024 di Paris.

Memilih untuk membimbing perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, selepas tujuh tahun di negara orang, menerima tawaran daripada jaguh No. 10 dunia itu dianggap peluang keemasan buat Tat Meng untuk pulang ke Malaysia.

“Saya telah lama bekerja di luar negara, sejak tujuh tahun lalu, saya rasa inilah peluang paling sesuai untuk saya berkhidmat kepada negara sekali lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tat Meng kini masih berada di Hong Kong bagi menyempurnakan baki kontrak yang masih dimilikinya sehingga 30 Jun ini dan beliau telahpun meletakkan jawatan sebagai jurulatih bersama Persatuan Badminton Hong Kong (HKBA).

WONG TAT MENG

Tat Meng yang telah 11 bulan berkhidmat buat HKBA sebelum ini merupakan jurulatih bersama skuad kebangsaan Korea Selatan selama empat tahun.

Dalam tempoh itu, beliau diberi peranan membimbing pemain perseorangan wanita yang menghuni ranking No. 2 dunia, An Se Young, selain, menerajui skuad wanita Korea Selatan menjulang Piala Uber, tahun lalu.

Mengulas lanjut tentang pilihannya melatih Zii Jia, Tat Meng memberitahu, anak kelahiran Kedah itu merupakan pemain berbakat besar dan memiliki potensi membantu Malaysia memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik.

“Untuk mencapai sasaran tersebut, kita perlu bekerja keras dan bijak dalam mengendalikan impian ini agar kita dapat mencapai sasaran yang diletakkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya