LONDON: Chelsea yang sedang giat mencari pengurus baharu menjemput Julian Nagelsmann ke London untuk mendengar sendiri visi dan idea jurulatih kelahiran Jerman itu.
Nagelsmann, 35, dan Luis Enrique, 52, mengetuai senarai calon pengurus baharu Blues selepas pemecatan Graham Potter pada awal bulan ini.
Legenda kelab, Frank Lampard juga sudah kembali ke Stamford Bridge bagi menggalas tugas pengurus sementara, dan turut berpotensi diserap ke jawatan tetap jika menunjukkan prestasi baik pada baki musim ini.
Menurut portal Jerman, Bild, Nagelsmann dijemput untuk memperkenalkan diri secara peribadi dan membentangkan ideanya kepada lembaga pengarah kelab.
Dia dipecat oleh Bayern Munich bulan lalu walaupun berjaya membawa gergasi bola sepak Jerman itu muncul juara Bundesliga, selain ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Tempat Nagelsmann digantikan oleh Thomas Tuchel, jurulatih yang dipecat oleh Chelsea sebelum ditukar dengan Potter.
Bekas pengurus Sepanyol dan Barcelona, Enrique sudahpun menghadiri temuduga.
Chelsea hanya akan melantik pengendali baharu selepas saingan musim ini berakhir. – AGENSI