Tak patut panggil Zii Jia pengkhianat

Tak patut panggil Zii Jia pengkhianat

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia melibatkan Lee Zii Jia dan wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, Khamis lalu disulami insiden kurang enak apabila sekumpulan penonton menjerit pengkhianat yang ditujukan kepada juara Asia itu.

Ia dipercayai ada kaitan dengan tindakan Zii Jia menarik diri dari Sukan Komanwel Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos depan bagi memberi tumpuan kepada Kejohanan Dunia di Tokyo.

Dalam perlawanan itut, Zii Jia ditunjukkan jalan keluar 19-21, 21-19, 16-21.

Bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim menyelar tindakan sekumpulan peminat yang dianggap memalukan memandangkan insiden itu berlaku di laman sendiri, dan dilakukan oleh penonton tempatan.

ROSLIN HASHIM

“Saya rasa ia perbuatan tidak wajar, hanya kerana dia tidak mahu beraksi di Sukan Komanwel, orang sudah melabelnya pengkhianat dan ia dilakukan ketika dia beraksi di laman sendiri.

“Ia tidak pernah berlaku lagi, kalau pemain negara lain beraksi di laman mereka sendiri, penonton tempatan pasti beri sokongan padu, bukan mencemuh atau menghina, tetapi sebaliknya berlaku di sini,” kata Roslin kepada Mingguan Malaysia.

Bagaimanapun Roslin tidak anggap insiden itu menjadi punca kekalahan Zii Jia kepada Rhustavito, namun sebagai manusia, beliau percaya hinaan tersebut pastinya memberi kesan.

Zii Jia, 24, sepatutnya beraksi pada Malaysia Masters minggu depan, namun sejurus selepas kekalahan itu dia memberi bayangan mungkin menarik diri kerana merasakan dirinya belum berada dalam keadaan terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya