Anna-Mei Xing jinakkan 'anak didik' Iskandar Zulkarnain

Anna-Mei Xing jinakkan ‘anak didik’ Iskandar Zulkarnain

Anna Cheong-Teoh Mei Xing mudah menyingkirkan pasangan Ireland, Kate Frost-Moya Ryan pada Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing tidak berdepan masalah mengetepikan pencabar dari Ireland, Kate Frost-Moya Ryan biarpun lawan dibimbing jurulatih kelahiran Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sebentar tadi.

Anna-Mei Xing hanya memerlukan 24 minit sahaja untuk sahkan tempat mereka di pusingan kedua apabila menang dengan keputusan 21-12, 21-5.

Bagaimanapun cabaran sebenar akan bermula esok buat pasangan Malaysia ini apabila bakal membuat perhitungan dengan pilihan kedua dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan.

LEE So-hee (kiri) dan Shin Seung-chan akan menanti beregu negara esok.

“Kami mahu cuba untuk cuba main serangan hari ini, supaya kami akan lebih bersedia untuk perlawanan seterusnya, namun ada beberapa aspek yang masih perlu kami perkemaskan, dan kami harap esok kami akan lebih bersedia.

“Kami sedar lawan punyai ranking lebih tinggi daripada kami, tetapi kami tak akan mudah menyerah kalah, dan akan cuba tampilkan persembahan yang baik menentang mereka,” jelas Mei Xing

Bagaimanapun hasrat untuk melihat kem Malaysia menutup hari kedua saingan dengan jayanya tidak kesampaian apabila pasangan terakhir yang turun ke gelanggang, Lim Khim Wah-Azryn Ayub gagal menandingi wakil Thailand, Supak Jomkoh-kittinupong Kedren apabila tumpas 15-21, 21-14, 13-21.

NUR Mohd. Azriyn Ayub -Lim Khim Wah gagal menyaingi pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Selepas ini kedua mereka akan bersiap untuk menghadapi Malaysia Masters minggu depan, dan seterusnya Terbuka Singapura pada 12 Julai sebelum berpisah dengan Khim Wah akan kembali bergandingan dengan Goh V Shem, sementara Azryn masih sedang mencari rakan beregu baharu.

“Set pertama kami sudah dapat rentak, tetapi bila tukar tempat di set kedua, angin banyak beri kesan kepada permainan kami.

“Saya dan Azryn masih ada dua kejohanan bersama selepas ini, dan harap dapat perbaiki lagi keputusan kami,” jelas Khim Wah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya