Kemelut BAM, Zii Jia selesai - PM - Utusan Malaysia

Kemelut BAM, Zii Jia selesai – PM

ISMAIL Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Mohamad Norza Zakaria, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut yang melanda jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dianggap ‘selesai’ selepas satu pertemuan diadakan di antara kedua-dua pihak dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ismail Sabri dalam Facebook rasminya hari ini berkata, pertemuan yang diadakan bersama Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bersama Zii Jia dan juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei di Perdana Putra, Putrajaya itu berlangsung positif.

“Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai.

“Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” tulisnya ringkas.

Pada Jumaat lalu, BAM mengenakan ‘penggantungan’ dua tahun ke atas Zii Jia daripada menyertai sebarang kejohanan gara-gara tindakannya mahu meninggalkan skuad kebangsaan.

‘Hukuman’ sama turut dikenakan terhadap Jin Wei biarpun pemain itu sudah meninggalkan skuad kebangsaan pada September lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya