Beregu campuran lakar kejutan, Zii Jii turut ke suku akhir - Utusan Malaysia

Beregu campuran lakar kejutan, Zii Jii turut ke suku akhir

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia akhirnya menampilkan aksi meyakinkan, manakala Chen Tang Jie-Peck Yen Wei melakar kejutan terbesar untuk meneruskan cabaran  Malaysia ke suku akhir badminton Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman malam tadi.

Selepas bergelut di pusingan pembukaan, Zii Jia menyingkirkan pemain  Ireland, Nhat Nguyen 22-20, 21-16, sekali gus meneruskan misi memburu kejuaraan kedua tahun ini sejak memenangi All England, Mac lalu.

Turun sebagai pilihan kedua, Zii Jia bakal berdepan cabaran getir pilihan kelapan, Kantaphon Wangcharoen dalam perebutan tiket ke separuh akhir malam ini.

Dalam aksi malam tadi, Zii Jia, 23, mempamer permainan lebih kemas berbanding ketika dipaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan jaguh Sepanyol, Pablo Abian 21-11, 21-23, 24-22 pada perlawanan pertama.

CHEN Tang Jie-Peck Yen Wei mengejutkan pilihan ketiga dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith 18-21, 21-11, 21-14.

Sementara itu, Tang Jie-Yen Wei melakar kejutan terbesar pada kejohanan bertaraf Super 500 dengan menumpaskan pilihan ketiga yang juga beregu No. 7 dunia,  Marcus Ellis-Lauren Smith dari England 18-21, 21-11, 21-14.

Pasangan No. 49 dunia itu kini akan menentang beregu Thailand,  Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran untuk mencari tiket ke separuh akhir.

Langkah dua lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See bagaimanapun tersekat di pusingan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya