6 wakil negara ke separuh akhir Terbuka Poland - Utusan Malaysia

6 wakil negara ke separuh akhir Terbuka Poland

LEONG Jun Hao mengetuai kemaraan enam pemain Malaysia ke separuh akhir Terbuka Poland.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Poland yang akan berlangsung tengah malam ni bagi merebut slot final yang dijadual esok.

Aksi di Hala Widowiskowo-Sportowa menyaksikan Leong Jun Hao yang menang 21-16, 21-12 ke atas pilihan kelima dari Sepanyol, Luis Enrique Penalver akan bertemu Ng Tze Yong yang menewaskan Daniel Nikolov dari Bulgaria, 23-25, 21-13, 21-8.

Seorang lagi wakil negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pilihan kedua dari Sepanyol, Pablo Albian 21-19, 14-21, 21-23 yang akan membuat perhitungan dengan seorang lagi wakil negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin yang menang 24-22, 21-18 ke atas Michal Rogalski dari Poland.

Beregu lelaki, Chang Yee Jun-Chia Wei Jie juga ke aksi empat terbaik selepas menang 21-16, 21-8 ke atas pasangan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun menang 21-8, 21-18 ke atas pasangan Gijs Duijs-Wessel Van Der Aar dari Belanda.

Pasangan beregu campuran, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Maciej Matusz-Karolina Szubert 21-16, 21-9.

Sementara itu, perseoranan wanita negara, Eoon Qi Xuan gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari Estonia, Kristin Kuuba dengan keputusan 21-18, 19-21, 17-21 dalam aksi bertaraf Cabaran Antarabangsa itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya