Panggilan video pelengkap Deepavali Kisona - Utusan Malaysia

Panggilan video pelengkap Deepavali Kisona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun rumah keluarganya tidak jauh dari Akademi Badminton Malaysia (ABM), namun atas dasar tanggungjawab. S. Kisona memilih untuk ‘berkampung’ di Bukit Kiara pada perayaan Deepavali hari ini.

Kisona yang mula mencuri tumpuan selepas memenangi pingat emas badminton perseorangan wanita pada Sukan SEA di Filipina tahun lalu, sebaliknya menggunakan panggilan video untuk melengkapkan sambutan hari istimewa itu.

Meskipun diberi pelepasan meraikan Deepavali bersama keluarga di Seremban, Kisona yang kini menjalani latihan di ABM memilih untuk kekal di Kuala Lumpur kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sambutan sangat berbeza kerana saya memilih untuk terus berada di ABM dan tidak pulang menyambut bersama keluarga walaupun rumah tidak begitu jauh dari sini.

“Ia perasaan yang berbeza tetapi saya tidak mempunyai pilihan dan perlu terima realiti ini kerana jumlah kes di sana juga sangat tinggi. Sidang video bersama keluarga sudah cukup memadai untuk saya dalam situasi ini,” katanya yang dipetik kepada Bernama hari ini.

 

KISONA menyambut Deepavali di ABM, Bukit Kiara.

Atlet berusia 22 tahun itu yang fasih berbahasa Mandarin berkata, dia menyambut perayaan secara sederhana bersama rakan sepasukan selain, berharap Deepavali kali ini membawa kebahagiaan dan kemakmuran untuk semua penganut agama Hindu.

“Dalam suasana kebiasaan baharu ini saya harap semua dapat kekal positif dan jaga kesihatan. Saya juga harap Covid-19 dapat diatasi sekali gus mampu menyambung kehidupan harian seperti sedia kala,” katanya.

Bagi bekas penggempur skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (b-23) negara, N. Thanabalan tiada apa yang lebih bermakna selain meraikan Deepavali bersama keluarga di Rantau, Negeri Sembilan.

“Covid-19 memang membuatkan sambutan Deepavali tahun ini berbeza sedikit kerana tidak dapat pergi ke rumah ahli keluarga yang lain tetapi dalam keadaan sekarang, saya sangat gembira dapat bersama keluarga,” kata pemain Kedah itu.

Thanabalan menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila menanduk masuk gol kemenangan Malaysia ketika menewaskan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya