REMBAU: Penantian Riley Pickrell untuk menewaskan Matteo Malucelli akhirnya berakhir apabila pelumba Modern Adventure Pro Cycling itu mencuri kemenangan menerusi pecutan di penghujung Peringkat 6 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26), hari ini.
Pickrell sebelum ini dua kali terpaksa akur kepada Malucelli, melakukan henjutan kira-kira 300 meter sebelum garisan penamat untuk memenangi perlumbaan sejauh 121.3 kilometer (km) dari Pandan Indah ke Rembau.
Pelumba tersebut merekodkan masa 2 jam 40 minit 06 saat, sama dengan Malucelli daripada XDS Astana yang menduduki tempat kedua, manakala Seppe Van den Boer (Tudor Pro Cycling) di tempat ketiga.
Rory Townsend (Unibet Rose Rockets) dan Christian Rees (Team Picnic PostNL) melengkapkan kelompok lima terbaik.
Pickrell mengakui kejayaan itu tidak terlepas daripada peranan besar rakan sepasukan yang memastikan dia berada pada kedudukan terbaik sebelum pertarungan terakhir.
“Satu-satunya sebab saya menang hari ini adalah kerana rakan sepasukan meletakkan saya pada posisi lebih baik berbanding pasukan Malucelli.
“Itulah lumrah perlumbaan basikal dan saya sangat terhutang budi kepada mereka,” katanya.

Berikut adalah keputusan bagi peringkat 6 LTdL26:
Pandan Indah to Rembau 121.3km
10 Pelumba Terbaik
1. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling
2. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team
3. Seppe Van Den Boer (BEL) Tudor Pro Cycling Team
4. Rory Townsend (IRL) Unibet Rose Rockets
5. Christiaan Van Rees (NED) Team Picnic PostNL
6. Guillermo Juan Martinez Huertas (COL) Team Picnic PostNL
7. Rodrigo Alvarez Rodriguez (SPA) Burgos-Burpellet-BH
8. Iker Villar Galdeano (SPA) Caja Rural-Seguros RGA
9. Javier Ibañez Beltran De Salazar (SPA) Caja Rural-Seguros RGA
10. Jose Manuel Diaz Gallego (SPA) Burgos-Burpellet-BH
Jersi Jingga (Pendahulu Keseluruhan):
1. Lennart Jasch (GER) Tudor Pro Cycling Team – 21:38:39s
2. Jan Castellon Ribalt (SPA) Caja Rural-Seguros RGA – 21:39:21s
3. Jose Manuel Diaz Gallego (SPA) Burgos-Burpellet-BH – 21:39:59s
Jersi Biru (Raja Pecut)
1. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team – 44 points (pts)
2. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling – 39 pts
3. Seppe Van Den Boer (BEL) Tudor Pro Cycling Team – 20 pts
Jersi Polka Dot (Raja Bukit)
1. Lennart Jasch (GER) Tudor Pro Cycling Team – 45 pts
2. Petr Rikunov (RUS) Wheeltop Rotor Chengdu Team – 41 pts
3. Jan Castellon Ribalt (SPA) Caja Rural-Seguros RGA – 26 pts
Jersi Putih (Pelumba Asia Terbaik):
1. Yuhi Todome (JPN) Aisan Racing Team – 21:46:00s
2. Tsen Ren Bao (MAS) St George Continental Cycling Team – 21:49:44s
3. Tsen Ren Han (MAS) Malaysia National Team – 21:51:25s
Pasukan Terbaik Keseluruhan
1. Caja Rural-Seguros RGA – 65:07:03s
2. Unibet Rose Rockets – 65:10:36s
3. Bardiani CSF 7 Saber – 65:16:08s
Pelumba Terbaik Asia
1. Nusantara Cycling Team – 65:47:24s
2. Malaysia National Team – 66:03:41s
3. Thailand Continental Cycling Team – 66:27:47s
Pelumba Terbaik Malaysia Peringkat 6
1. Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi (MAS) Malaysia Pro Cycling – 2:40:06s











