Auge stabil selepas terlibat kemalangan

Auge stabil selepas terlibat kemalangan

Joram Grootveld
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pelumba Unibet Rose Rockets, Ronan Auge kini berada dalam keadaan stabil dan tidak mengancam nyawa selepas terbabit dalam kemalangan serius ketika Peringkat 6 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26), semalam.

Pengurus pasukan, Joram Grootveld berkata, pelumba berusia 22 tahun itu kini diberi pemantauan rapi (induced coma) secara perubatan bagi mengoptimumkan rawatannya.

“Doktor pasukan kami berada bersamanya sejak semalam dan masih menemaninya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia ditidurkan secara perubatan bagi memastikan keadaannya stabil. Buat masa ini, semuanya kelihatan agak baik dan kami mengambil pendekatan langkah demi langkah.

“Kami perlu menunggu perkembangan seterusnya, namun dia berada dalam jagaan yang baik dan kami berharap dia akan pulih dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas tamat Peringkat 7 LTdL 2026 dari Melaka ke Batu Pahat, hari ini.

Menurut Grootveld, Auge turut mengalami beberapa kecederaan patah tulang akibat kemalangan terbabit.

“Tetapi buat masa ini kami perlu mengambilnya selangkah demi selangkah dan melihat bagaimana proses pemulihannya,” katanya.

Sementara itu, Unibet Rose Rockets dalam kenyataan di media sosial mengesahkan Auge mengalami kecederaan serius, namun keadaannya dilaporkan stabil dan tidak mengancam nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN