Salah kekal di Anfield

Salah kekal di Anfield

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah akhirnya menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun bersama The Reds.

Kontrak terbaharu itu sekali gus memastikan penyerang Mesir berusia 32 tahun tersebut kekal di Anfield sehingga 2027, selepas kontraknya sebelum ini bakal tamat pada penghujung musim ini.

Salah, yang menyertai Liverpool dari AS Roma pada 2017, mengakui keputusannya untuk terus kekal bersama kelab itu didorong oleh keinginan untuk memburu lebih banyak kejuaraan.

“Saya sangat teruja. Kami memiliki pasukan yang cukup kuat dan saya percaya kami mampu menambah koleksi trofi,” katanya dalam kenyataan rasmi kelab.

Sepanjang lapan tahun bersama The Reds, Salah telah menjaringkan 243 gol dalam 394 perlawanan, menjadikannya penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah kelab.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam membantu Liverpool memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA, Piala FA, dua Piala Liga serta Piala Dunia Kelab FIFA.

Musim ini, Salah terus membuktikan ketajamannya di hadapan gawang dengan meledak 32 gol dalam semua pertandingan serta menerajui senarai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 27 gol.

Liverpool kini selesa di puncak liga dengan kelebihan 11 mata mengatasi Arsenal di tempat kedua, dengan hanya tujuh perlawanan berbaki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya