Perak bangkit benam KL City 2-1

Perak bangkit benam KL City 2-1

Pemain KL City, Jovan Matka (kiri), diasak pemain Perak pada perlawanan Liga Super KL City menentang Perak, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPU: Perak FC berjaya mengutip tiga mata penuh apabila bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Kuala Lumpur (KL) City FC 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, petang tadi.

Dalam aksi Liga Super itu, pelawat ketinggalan menerusi rembatan deras penyerang Harimau Malaya, Paulo Josue pada minit ke-31 selepas menerima umpanan daripada J. Partiban di dalam kotak penalti.

Situasi itu tidak melemahkan skuad kendalian Yusri Che Lah apabila mereka bangkit memperkemaskan rentak permainan, namun keududkan 1-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Bersambung babak kedua, Perak memperkemaskan rentak permainan dan mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas Nur Azfar Fikri Azhar dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Declan Lambert pada minit ke-77.

Luciano Guaycochea yang diamanahkan mengambil sepakan penalti tenang menyempurnakan tugasan itu untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Gol berkenaan ternyata membakar semangat skuad Bos Gourus apabila empat minit kemudian Nur Azfar berjaya meledak gol kedua dan lebih manis ia menjadi jaringan kemenangan pasukannya.

Keputusan itu menyaksikan Perak mengumpul 27 mata untuk berada di kedudukan ketujuh selepas merekodkan tujuh kemenangan, enam seri dan sembilan kali tewas dalam 22 perlawanan.

KL City yang berada di tangga keenam pula kekal dengan 28 mata, namun kekalahan itu menyukarkan peluang mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya