Natasha, Tsen Fan Yew ungguli pusingan kelayakan Kejohanan Boling Terbuka Malaysia

Natasha, Tsen Fan Yew ungguli pusingan kelayakan Kejohanan Boling Terbuka Malaysia

NATASHA Mohamed Roslan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet Tenpin boling kebangsaan, Natasha Mohamed Roslan terus memperagakan aksi cemerlang selepas mengungguli kedudukan pertama dalam pusingan kelayakan kategori Wanita Terbuka Kejohanan Boling Terbuka Malaysia Antarabangsa ke-43 yang berlangsung di Sunway Megalanes, Bandar Sunway, hari ini.

Natasha, yang sebelum ini pernah menjuarai Kejohanan Piala Dunia 2025 di Hong Kong, merekodkan jatuhan pin keseluruhan sebanyak 1,379 jatuhan pin untuk menduduki tangga teratas carta kelayakan.

Saingan sengit turut diberikan oleh rakan sepasukan, Faten Najihah Ahmad Faik yang hanya ketinggalan tujuh pin di kedudukan kedua dengan 1,372 jatuhan pin, manakala Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman melengkapkan kedudukan tiga terbaik apabila mencatatkan 1,370 jatuhan pin.

Sementara itu, dalam kategori Terbuka Lelaki, pemain bukan kebangsaan Tsen Fan Yew membuat kejutan apabila mengetepikan beberapa nama besar dengan mengungguli carta kelayakan selepas mengumpul 1,485 jatuhan pin.

Beliau kini mendahului atlet negara, Chong Jun Foo yang menghuni tempat kedua dengan 1,475 jatuhan pin, manakala, Syafiq Ridhwan menduduki tangga ketiga dengan 1,457 jatuhan pin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya