Tun Hakim ukir sejarah ungguli Jelajah PBA pertama untuk Malaysia

Tun Hakim ukir sejarah ungguli Jelajah PBA pertama untuk Malaysia

TUN Hakim Tun Hasnul Azam menjuarai Jelajah Persatuan Boling Profesional (PBA) selepas menewaskan Kevin McCune 269-227 dalam saingan akhir stepladder di National Bowling Stadium Reno, Nevada, Amerika Syarikat (AS), hari ini. - IHSAN FOTO FB PBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tenpin boling negara Tun Hakim Tun Hasnul Azam melakar sejarah apabila muncul wakil negara pertama meraih gelaran juara Jelajah Persatuan Boling Profesional (PBA) di Nevada, Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Atlet berusia 26 tahun itu dinobatkan sebagai juara PBA Chameleon selepas menewaskan wakil tuan rumah, Kevin McCune 269-227 dalam saingan akhir stepladder di National Bowling Stadium Reno, Nevada.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook PBA, Tun Ameerul Luqman menyifatkan kemenangan bersejarahnya itu sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.

“Ianya amat menakjubkan muncul juara Jelajah PBA, yang juga gelaran pertama saya. Ia adalah untuk semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua dan terima kasih banyak-banyak,” kata Tun Hakim.

Terdahulu, Tun Hakim mendominasi pusingan kelayakan dan mengesahkan slot untuknya ke peringkat akhir stepladder.

Beliau bermula dengan baik apabila mengatasi pemain AS, Boog Krol dengan 237-226, 216-247, 268-267, 279-187 dan meneruskan momentum cemerlangnya untuk menewaskan juara 12 kali Jelajah PBA dari Sweden Jesper Svensson dengan 245-214, 245-228, 254-215.

Kemenangan itu menyaksikan atlet berkenaan membawa pulang US$20,000 (RM88,260) berserta piala.

Sementara itu, juara dunia 2018 Muhammad Rafiq Ismail terlepas peluang muncul wakil negara pertama memenangi Jejalah PBA selepas tewas kepada Rasmus Edvall dai Sweden 172-224 dalam saingan final stepladder PBA Scropion Championship.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya