Tiada kelibat Arif Aiman di kem Harimau Malaya

Tiada kelibat Arif Aiman di kem Harimau Malaya

ARIF AIMAN HANAPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dalam kem latihan skuad Harimau Malaya menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Skuad kendalian Peter Cklamovski kini sedang giat menjalani persiapan di Johor Bahru menjelang aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027. 

Bagaimanapun, kelibat Arif Aiman masih belum kelihatan meskipun latihan telah memasuki hari kedua.

Tinjauan di laman rasmi Facebook Malaysia National Team mendapati kesemua pemain lain termasuk bintang muda Christian Abad serta pembantu jurulatih JDT, Aidil Zafuan Abd. Radzak, hadir dalam sesi latihan tersebut. 

Namun, ketiadaan Arif Aiman mencetuskan perlbagai spekulasi dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Malah, ada yang mengaitkan ketidakhadirannya dengan kecederaan yang dialami sewaktu membantu JDT menewaskan Penang dalam aksi Liga Super, Ahad lalu. 

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahupun JDT berhubung status pemain berusia 21 tahun itu.

Selain Arif Aiman, pemain tengah berpengalaman, Natxo Insa turut tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan kebangsaan, meskipun tampil cemerlang bersama JDT dalam saingan domestik.

Setakat ini, pihak FAM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai ketiadaan dua pemain utama Harimau Selatan itu.

Skuad negara dijadualkan membuka kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada selasa ini dan segala perkembangan mengenai barisan pemain pastinya menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya