Sumareh, Natxo mampu perkuat Harimau Malaya

Sumareh, Natxo mampu perkuat Harimau Malaya

PETER Cklamovski dan Paulo Josue mengadakan sidang media menjelang perlawanan Kumpulan F, kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac antara Malaysia dan Nepal di Hotel Double Tree by Hilton, Johor Bahru-Foto: RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski ada alasan tersendiri memilih Mohamadou Sumareh dan Natxo Insa dalam skuad kebangsaan bagi persiapan menentang Nepal pada aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027, Selasa ini.

Pemilihan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat kritikan oleh warganet yang beranggapan Sumareh tidak mempunyai minit permainan mencukupi, manakala Natxo pula terlalu tua untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Menurut Cklamovski, pemilihan Sumareh adalah berdasarkan profil pemain itu yang dilihat mampu memberi sesuatu yang berbeza untuk memperkuatkan Harimau Malaya.

Mengakui Sumareh mempunyai minit perlawanan yang rendah, namun perkata itu bukan ukuran sebenar dan percaya pemain tersebut mampu memikul tanggungjawab dengan mempunyai keyakinan diri untuk memberi yang terbaik.

“Sumareh ini jika diletakkan dalam pasukan berbeza (Liga Super), pasti dia mempunyai minit permainan yang tinggi. Saya lihat ini juga sebagai peluang buatnya untuk memberikan yang terbaik sebagai balasan menerima panggilan bersama Harimau Malaya.

“Ini juga bermakna, ada pemain yang terpaksa diketepikan disebabkan Sumareh. Ini dapat difahami dan saya mahu mereka tidak berpatah semangat dan kekal positif.

“Saya mahu membentuk pasukan yang mempunyai mentaliti dan semangat juang yang tinggi. Jadi, bagi yang tidak terpilih, mereka perlu buktikan yang mereka layak terima panggilan dan berasingan merebut tempat bersama skuad kebangsaan,” katanya.

Cklamovski berkata, kehadiran Natxo Insa yang sudah berusia 39 tahun juga bakal memberi impak positif berbekalkan pengalaman luas di Eropah termasuk aksi cemerlang dipamerkan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

Katanya, Insa mempunyai kualiti yang diperlukan dalam pasukan kerana dia sentiasa berlari dan bijak mengawal tempo permainan ketika ingin memperlahankan permainan atau bermain corak permainan pantas.

“Dia mempunyai kualiti yang saya perlukan, bersesuaian dengan corak taktikal yang saya akan terapkan. Saya mahukan pasukan yang bermain menyerang dan dia mampu untuk mengemudi jentera tengah pasukan.

“Saya lihat dia juga berada pada tahap terbaiknya ketika ini seperti yang dipamerkan bersama JDT, dia akan beri kekuatan kepada skuad kebangsaan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya