Sri Pahang FC terus merana

Sri Pahang FC terus merana

AKSI Sri Pahang menentang Kuching City di Stadiu Majlis Perbandaran Temerloh, malam ini.- IHSAN SRI PAHANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang terus terumbang ambing selepas tewas 0-2 kepada Kuching City FC pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Perlawanan yang bermula dari kiraan minit ke 32 yang hanya di saksikan oleh 104 penyokong Tok Gajah itu seharusnya menjadi milik Sri Pahang selepas kali terakhir menewaskan PDRM FC 5-1 pada 15 September tahun lalu.

Sri Pahang perlu menang selepas tewas pada lima perlawanan berturut-turut termasuk kali terakhir di tangan Terengganu FC 5-1 di tempat sendiri.

Bagaimanapun anak buah Fandi Ahmad masih gagal untuk menembusi benteng Kuching City yang datang dengan kelebihan satu gol pada aksi 2 November tahun lepas.

Malah penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan nyaris tertewas dengan serangan pantas pelawat tetapi kedudukan kekal hingga tamat aksi 15 minit separuh masa pertama.

Fandi terpaksa melakukan perubahan kerana beberapa pemain mengalami kecederaan termasuk tidak dapat menggunakan khidmat penyerang utama, Kpah Sherman.

Mungkin pengendali dari Singapura itu mahu mencuba beberapa gandingan penyerang terbaik malam ini bagi mencari pengganti Kpah yang tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada April nanti

Anak buah Fandi sedaya upaya memenangi perlawanan untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super apabila berada di kedudukan ke-11 selepas 19 perlawanan.

Kesungguhan Sri Pahang mencari gol penyamaan mengundang layangan kad kuning kepada Aleksandar Cvetkovic yang menggunakan tangan menumbuk bola ke arah gawang pelawat pada minit 49 hasil hantaran tinggi Manuel Hidalgo.

Satu minit berselang, percubaan tepat pertama tok gajah hadir dari sepakan deras Muhammad Baqiudin Shamsudin tetapi tepat ke dakapan penjaga gol Kuching City, Wan Mohd Azraie Wan Teh.

Minit ke 82, pasukan pelawat bernasib baik kerana terselamat dari sepakan penalti selepas bantuan VAR, mendapati Stefano Brundo tidak dikasari pertahanan lawan di depan gol Kuching City.

Malah Sri Pahang tambah derita selepas pemain gantian, Zarul Izwan Zulkifli berjaya melepaskan sepakan kaki kiri untuk gol ke tiganya musim ini menewaskan Zarif Irfan.

Pada 2 November lalu , MFL mengumumkan perlawanan Liga Super antara Sri Pahang dan Kuching City yang dihentikan pada minit ke-30 akibat hujan lebat ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang tidak sesuai untuk beraksi.

Ketika itu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mendahului pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan pemain import, Yuki Tanigawa selepas menanduk bola sepakan penjuru pada minit ke-14.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya