Rezal dedah situasi sebenar KDN FC

Rezal dedah situasi sebenar KDN FC

Pemain Selangor, Muhammad Aliff Izwan diasak penjaga gol Kelantan Darul Naim, Mohammad Fikri Che Soh pada perlawanan Liga Super, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Rezal Zambery Yahya memberi bayangan keadaan pasukan itu semakin parah ketika ini.

Katanya, masalah tunggakan gaji yang melanda pasukan ketika ini menyebabkan pasukan tidak berlatih dalam satu pasukan sejak berakhirnya perjuangan dalam Piala Cabaran.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu mengucapkan terima kasih kepada pemainnya kerana masih hadir meneruskan perlawanan dibelasah 7-0 oleh Selangor FC, kelmarin.

“Kita memang tiada latihan bersama dan kali terakhir kita berlatih ialah ketika menentang Selangor dalam aksi kedua Piala Cabaran dan selepas itu kita sudah tidak berlatih bersama.

“Setiap kali perlawanan kami akan berkumpul sehari sebelum dan selepas itu terus beraksi jadi untuk kami mengatur pemain agak sukar, bergantung kepada pemain yang ada.

“Saya terpaksa menyiapkan pasukan dengan bertanya pemain mana yang boleh menghadirkan diri bagi setiap perlawanan. Itu sahaja yang saya mampu lakukan.

“Ya betul (gaji tidak dibayar), kebanyakan pemain dari luar (Kelantan), jadi kalau gaji tak berbayar dah berapa (lama), mereka nak bayar sewa rumah pun tak boleh. Jadi, mereka kembali ke tempat asal masing-masing,” katanya.

Reezal turut berharap agar pihak pengurusan pasukan memainkan peranan mereka untuk berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang dihadapi pasukan ketika ini.

“Apa pun kita faham situasi yang dihadapi pengurusan pasukan, ada toleransi di situ antara pemain dan pengurusan tetapi hasilnya tidak menyebelahi kami,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya