LIVERPOOL: Impian Liverpool untuk mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara berkecai selepas tumpas 1-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) menerusi penentuan sepakan penalti di Anfield, awal pagi tadi.
PSG yang tumpas 0-1 pada aksi pertama di laman sendiri melakar kebangkitan di gelanggang lawan apabila
Ousmane Dembele menjadikan agregat 1-1 sebelum perlawanan diheret ke penentuan penalti.
Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Darwin Nunez dan Curtis Jones, manakala pasukan pelawat menyempurnakan semua sepakan mereka.
PSG akan bertemu sama ada Aston Villa atau Club Brugge di suku akhir, dengan Villa mendahului 3-1 pada perlawanan timbal balik yang dijadualkan berlangsung awal pagi esok.
Dembele mengejutkan penyokong di Anfield dengan gol pada minit ke-12 yang terjadi secara tidak dijangka dengan dia mudah menolak masuk bola ke gawang kosong.
Ibrahima Konate cuba menyekat percubaan Bradley Barcola tetapi bola itu diluar jangkaan penjaga gol Alisson Backer dan Dembele mudah menjairngkan gol.- AGENSI