Piastri takluk GP China

Piastri takluk GP China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri berjaya menebus kekecewaan di bumi sendiri apabila memenangi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) China dengan penuh bergaya, sekali gus mencatat kemenangan pertama musim ini buat McLaren dalam saingan utama di Litar Antarabangsa Shanghai, hari ini.

Piastri yang bermula dari petak pertama tidak mensia-siakan kelebihan tersebut apabila menampilkan pemanduan cemerlang untuk memastikan kejayaan satu-dua buat McLaren bersama rakan sepasukan, Lando Norris yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

George Russell dari pasukan Mercedes melengkapkan kedudukan podium selepas menewaskan juara bertahan, Max Verstappen (Red Bull) yang sekadar berpuas hati di tempat keempat.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc dan pemenang perlumbaan pecut, Lewis Hamilton pula masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan keenam.

Kejayaan Piastri sekali gus menggagalkan impian Norris untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas kejayaan di Abu Dhabi musim lalu dan pusingan pembukaan di Australia, namun tetap memastikan rekod bersih McLaren dalam dua perlumbaan pertama musim ini.

Dengan keputusan ini, Norris kini mendahului kejuaraan pemandu dengan 44 mata, diikuti Verstappen (36), Russell (35) dan Piastri (34).

McLaren pula berada di tangga teratas kejuaraan pengeluar dengan kelebihan 25 mata berbanding Mercedes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya