Pearly-Thinaah enggan terus jadi mangsa beregu Korea

Pearly-Thinaah enggan terus jadi mangsa beregu Korea

PEARLY Tan-M. Thinaah ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena pada Januari lalu.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah tidak mahu terus menjadi mangsa kepada pasangan Korea Selatan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong.

Untuk rekod, Pearly-Thinaah sudah dua kali menjadi mangsa pasangan Korea Selatan itu tahun ini, masing-masing di separuh akhir Terbuka India dan final Indonesia Masters, Januari lalu.

Pearly berazam menamatkan badi itu di All England yang berlangsung pada 11 hingga 16 Mac ini di Utilita Arena Birmingham, Birmingham, England selain Orlean Master yang sedang berlangsung ketika ini

“Kami sudah tewas dua kali kepada mereka, jadi kami mahu hentikan rentetan itu khususnya di kejohanan All England dan Orlean Masters.

“Mereka (Hye Jeong-Hee Yong) berpengalaman, tetapi kami sedang bekerja keras untuk meningkatkan ketahanan dan memperbaiki prestasi kami,” kata Pearly.

Hye Jeong-Hee Yong baru bergabung selepas Sukan Olimpik Paris tahun lalu tetapi sudah menjuarai kejohanan Jelajah Dunia, sekali gus membuktikan pengalaman mereka beraksi di peringkat tertinggi.

Ujian pertama Pearly-Thinaah bakal hadir lebih awal di Orleans Masters dengan mereka berkemungkinan akan bertemu ‘hantu’ Korea itu di separuh akhir kejohanan bertaraf Super 300 itu.

Menariknya, Pearly-Thinaah pernah menewaskan beregu No. 1 dunia, Baek Ha Na-Lee So Hee sebanyak tiga kali, tetapi masih gagal mencari cara untuk menumbangkan Hye Jeong-Hee Yong.

“Matlamat kami adalah untuk menjuarai All England, dan kami sedang berusaha untuk mencapai kejayaan itu,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya