Ong Yew Sin lamar Aya Ohori

Ong Yew Sin lamar Aya Ohori

ONG Yew Sin berkongsi gambar dia melamar Aya Ohori di Instagram, hari ini. - Instagram Ong Yew Sin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu badminton lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, hari ini, mengumumkan dia melamar teman wanitanya yang juga bekas bintang perseorangan Jepun, Aya Ohori menerusi akaun media sosial, Instagram.

Pemain berusia 30 tahun itu yang bergandingan dengan Teo Ee Yi berkongsi khabar gembira tersebut awal pagi tadi selepas memuat naik gambarnya melamar Ohori.

Anak kelahiran Melaka itu juga berkongsi perasaannya bersama para peminat apabila menyatakan perasaan gembiranya untuk berkongsi berita kepada seluruh dunia.

“Tiada apa yang lebih gembira untuk berkongsi khabar ini kepada dunia.

“Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya dan juga berbeza gaya hidup.

“Kami akan belajar untuk menyesuaikan diri dan saling menerima antara satu sama lain gaya hidup masing-masing serta cuba memahami perbezaan budaya di antara satu sama lain,” kata Yew Sin.

Dalam pada itu, menerusi Insta Story, Yew Sin turut mengesahkan kekasih hatinya tersebut masih belum berbadan dua.

Pemain itu mungkin membuat kenyataan demikian bagi menepis sebarang spekulasi ekoran lamarannya kepada Ohori.

Untuk makluman, Ohori yang mengumumkan persaraannya pada Disember tahun lalu ketika pemain itu berada di ranking No. 7 dunia.

Ohori, 28, melakukan penampilan terakhirnya pada Jelajah Dunia Akhir BWF di China, Disember lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya