MPFL musim 2025 kekal kompetitif

MPFL musim 2025 kekal kompetitif

KAPTEN Selangor FC, Mohd Kahirul Effendy Mohd Bahrain mengawal pergerakan pemain Kedahd alam aksi MPFL Divisyen 1 musim 2025, semalam.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjanjikan saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) pada musim ini akan kekal kompetitif seperti musim-musim sebelumnya.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai badan induk itu berkata, pemerkasaan telah dilakukan dalam usaha mereka memastikan musim MPFL kekal berdaya saing.

“Untuk saingan musim 2025 kita telah melalui proses di mana kita memperkasakan pertandingan untuk membolehkan setiap pasukan beraksi dalam pertandingan yang kompetitif.

“Harapan kita di FAM seperti tahun-tahun lepas, kita amat berharap dari setahun ke setahun prestasi atau pun mutu futsal kita akan berkembang dengan MPFL yang kompetitif ini.

“Saya percaya tahun ini Insya-Allah, turutan dari tahun lepas kita akan mendapat satu liga yang baik dan pasukan yang bertanding juga akan mendapat perlawanan yang baik untuk pasukan masing-masing,” katanya.

Sebanyak lapan pasukan menyertai saingan MPFL pada musim ini dan kelmarin telah berlangsung perlawanan pembukaan yang menyaksikan Selangor FC menewaskan Kedah 5-1 di Stadium Panasonic Shah Alam.

Tiga lagi perlawanan yang turut berlangsung kelmarin menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Malaysian University 8-3, TOT United FC tumpas 0-2 kepada Sabah, manakala Pahang Rangers FC menundukkan KL City 4-3.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya