Keputusan Cklamovski di luar kebiasaan

Keputusan Cklamovski di luar kebiasaan

Pengendali baharu Harimau Malaya, Peter cklamovski.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, untuk tidak mengatur sebarang aksi persahabatan sebelum bertemu Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027 dianggap sebagai di luar kebiasaan serta menimbulkan tanda tanya terhadap persiapan skuad negara menjelang perlawanan penting tersebut.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr. Zulakbal Abd Karim, berkata, keputusan itu mungkin berpunca daripada keyakinan Cklamovski terhadap kemampuan pasukan kebangsaan menewaskan Nepal tanpa perlu perlawanan pemanas badan.

“Kebiasaannya, kita akan mengatur satu atau dua perlawanan persahabatan sebagai persiapan.

“Namun, kali ini ia tidak berlaku dan saya sendiri tidak pasti mengapa. Ini sesuatu yang agak luar biasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berpendapat, kemungkinan besar Cklamovski dan pasukannya telah membuat kajian menyeluruh mengenai kekuatan Nepal dan berasa yakin skuad Harimau Malaya mampu mencatat kemenangan tanpa persiapan tambahan.

“Saya melihat keputusan ini adalah satu keputusan yang sangat berani.Mungkin beliau dan staf kejurulatihan sudah meneliti pasukan lawan lebih awal dan merasakan kita boleh menang tanpa perlu perlawanan pemanas badan. Bagaimanapun, ini tetap satu risiko.

“Nepal sendiri akan berdepan Singapura sebelum bertemu Harimau Malaya. Jadi, kita hanya boleh berharap Cklamovski dapat mengoptimumkan pengalaman yang dimilikinya untuk memastikan kemenangan buat Harimau Malaya,” tambahnya.

Keadaan ini menimbulkan persoalan besar sama ada Harimau Malaya akan turun beraksi dalam keadaan kurang bersedia, terutama apabila taktikal Cklamovski masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Skuad Harimau Malaya bakal bertemu Nepal pada 25 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim(SSI) dan semua mata kini tertumpu kepada bagaimana Cklamovski akan mengemudi pasukan dalam situasi yang penuh misteri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya