Kepulangan Courtois dikritik

Kepulangan Courtois dikritik

THIBAUT Courtois
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Penjaga gol utama Belgium, Thibaut Courtois menerima kritikan daripada bekas pemain dan pemerhati bola sepak selepas kembali menyertai skuad kebangsaan buat kali pertama dalam tempoh 22 bulan.

Courtois, 32, sebelum ini tidak beraksi untuk Belgium sejak Jun 2023 susulan perselisihan faham dengan bekas jurulatih, Domenico Tedesco berhubung isu kapten pasukan. Namun, dengan pemecatan Tedesco dan pelantikan Rudi Garcia sebagai pengendali baharu, Courtois kembali memperkuatkan pasukan.

Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila penjaga gol utama Belgium sejak dua tahun lalu, Koen Casteels mengambil keputusan meninggalkan skuad sebagai tanda protes. Selain itu, beberapa rakan sepasukan lain turut memberikan reaksi sinis terhadap kepulangan Courtois.

Bekas jurulatih Belgium, Marc Wilmots menyatakan bahawa beliau tidak akan segera memanggil Courtois jika masih mengendalikan pasukan kebangsaan.

“Saya akan tunggu dan lihat bagaimana suasana dalam pasukan sebelum mengambil sebarang keputusan mengenainya.

“Saya juga akan berbincang dengan Casteels terlebih dahulu sebagai tanda hormat kepada pemain yang telah banyak berkorban untuk Belgium,” kata Wilmots kepada media Belgium.

Sementara itu, bekas pertahanan Belgium yang kini menjadi penganalisis sukan, Philippe Albert mengkritik kepulangan Courtois, dengan menyindir bahawa penjaga gol Real Madrid itu hanya memilih untuk kembali ke skuad kebangsaan ketika hampir melangsungkan perkahwinannya.

“Dia masih mahu menyertai pasukan kebangsaan hanya seminggu sebelum hari perkahwinannya. Ini seolah-olah menyusahkan pasukan yang sudah lama berusaha tanpa kehadirannya,” kata Albert.

Jurulatih Belgium, Rudi Garcia bagaimanapun mempertahankan keputusannya untuk memanggil semula Courtois, dengan menyifatkan pemain itu sebagai antara penjaga gol terbaik dunia dan kehadirannya mampu memperkuatkan pasukan.

“Kami akan berbincang sebagai satu pasukan mengenai apa yang berlaku sebelum ini, tetapi fokus utama adalah bergerak ke hadapan dan menyesuaikan diri dengan cabaran baharu,” kata Garcia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya