KBS saran Chong Wei sertai BAM

KBS saran Chong Wei sertai BAM

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan menyarankan legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei agar menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam usaha membantu pembangunan atlet muda di peringkat kebangsaan.

Menterinya,Hannah Yeoh berkata, bekas jaguh badminton dunia itu mempunyai pengalaman luas yang boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan prestasi sukan badminton negara.

“Saya percaya beliau (Chong Wei) mempunyai banyak pengalaman yang boleh diguna pakai dalam membangunkan bakat-bakat muda negara.

“Saya juga berharap suatu hari nanti beliau akan menerima pelawaan BAM kerana sebelum ini sudah beberapa kali perkara ini dibangkitkan,” katanya katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Kecil dan Perjanjian Pengurusan antara Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) dan Kelab Golf Negara Subang (KGNS), hari ini.

Dalam pada itu, Hannah turut menegaskan kepentingan penglibatan bekas atlet dalam badan sukan negara seperti BAM dan Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) kerana mereka lebih memahami keperluan serta aspirasi para pemain.

“Sekarang kita sudah melihat semakin ramai bekas atlet mula memainkan peranan dalam persatuan sukan dan ini sesuatu yang baik kerana mereka lebih faham tentang keperluan atlet,” ujarnya.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan pelantikan Lagenda Badminton negara itu sebagai duta sukan Johor, yang dipercayai mampu meningkatkan pembangunan sukan di negeri itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya