Kane bawa Bayern ke suku akhir Liga Juara-Juara

Kane bawa Bayern ke suku akhir Liga Juara-Juara

KANE meraikan jaringan ketika berdepan Bayer Leverkusen dalam aksi kedua pusingan Liga Juara-Juara.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Harry Kane menjaringkan satu gol dan melakukan satu umpanan ketika Bayern Munich menang 2-0 ke atas Bayer Leverkusen untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 5-0.

Kane yang menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama minggu lalu, menanduk bola dari jarak dekat pada minit ke-52 untuk gol ke-10 dalam UCL yang menjadikannya pemain Inggeris pertama menjaringkan 10 gol dalam satu musim Piala Eropah.

Kapten England itu kemudian melakukan satu hantaran tepat untuk Alphonso Davies menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 untuk mengesahkan tiket Bayern ke suku akhir.

“Sejak dari minit pertama, kami tidak mahu menjadi pasukan yang hanya bertahan dan mempertahankan kedudukan. Kami mahu bermain agresif, memberi tekanan dan mencipta peluang untuk menang.

“Kami melakukan itu pada separuh masa pertama dan memiliki peluang yang lebih baik. Kemudian, pada separuh masa kedua, kami tahu mereka terpaksa menyerang dan mencuba sesuatu dan kami menghukum mereka,” kata Kane.

Untuk peringkat suku akhir, Bayern akan berdepan Inter Milan yang mara selepas menumpaskan Feyenoord 4-1 secara agregat dalams atu lagi aksi awal pagi tadi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya