Jefri dilantik Ketua Pengarah MSN ke-10

Jefri dilantik Ketua Pengarah MSN ke-10

JEFRI Ngadirin (lima kiri) bersama Hannah Yeoh (tengah) selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - Ihsan MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jefri Ngadirin dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baharu berkuatkuasa 4 April ini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan MSN di sini, hari ini, pelantikan itu dibuat selepas penyandang jawatan No. 1 badan induk sukan negara tersebut, Abdul Rashid Yaakub akan tamat kontraknya pada 3 April.

“Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN Ke-10 berkuatkuasa pada 4 April 2025 itu diumumkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Bukit Jalil, hari ini,” kata kenyataan itu.

Jefri, 52, memulakan kerjaya di MSN sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan pada 1993.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Miami, Florida, Amerika Syarikat sebelum kembali meneruskan khidmatnya di MSN pada 1999.

“Antara tanggungjawab yang pernah digalas Jefri sepanjang khidmatnya bersama MSN ialah sebagai Ketua Unit Sukan Teras.

“Kemudian beliau diberi tanggungjawab lebih besar selaku Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan tersebut, pada 8 Januari tahun lepas, Jefri telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan).

Sementara itu, Abdul Rashid, 61, pula memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah MSN selepas menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bersara pada November 2023.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia memulakan tugasnya di MSN sebagai Ketua Unit Kewangan dari 1988 sehingga 2002.

Selepas itu, Abdul Rashid diamanahkan memegang jawatan Pengarah Cawangan Kewangan dari 2003 hingga 2006 sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (2007-2017).

Abdul Rashid yang berasal dari Sungai Petani, Kedah memegang jawatan Pengarah Bahagian Korporat dari 2018 hingga 2019 sebelum diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dari 2020 hingga 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya