JDT yakin benam Buriram

JDT yakin benam Buriram

JDT akan berdepan Buriram United dalam aksi timbal balik pusingan 16 ACLE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin pasukannya mampu menundukkan Buriram United malam esok dan melangkah ke suku akhir Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE).

Keyakinan itu hadir selepas Harimau Selatan mempunyai rekod cemerlang apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong di stadium keramat mereka di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini.

Tambahan pula, katanya, JDT tidak memikul sebarang ‘bebanan’ apabila berjaya mengikat pasukan The Thunder Castle itu tanpa jaringan di Chang Arena, Thailand pada Rabu lalu.

“Ia adalah satu keputusan yang baik, ini adalah hasil penat lelah pemain yang bermain secara kompak dan ketika bertahan. Pemain berikan 100 peratus dalam pertemuan itu.

“Kini aksi timbal balik bersambung di SSI, JDT pasukan yang berbeza bila berentap di gelanggang sendiri. Kita akan tunjukkan potensi sebenar kami,” ujarnya.

Pada musim ini, JDT sudah berdepan dengan pasukan kendalian Osmar Loss itu dua kali, namun kedua-dua pasukan sama kuat setelah perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Dalam aksi kumpulan Zon Timur ACLE, Disember lalu yang berlangsung di SSI, ia dicemari insiden kekasaran dengan tiga kad merah dilayangkan pengadil perlawanan dalam aksi 90 minit itu.

Menurut Bidoglio, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil dalam aksi pertama pusingan 16 ACLE, minggu lalu setelah pergerakan pasukan kurang lancar dan menjejaskan momentum permainan.

“Kini, bola berada di gelanggang kita, kita tak boleh sia-siakan peluang ini untuk mara ke pusingan suku akhir dan seterusnya lihat sejauh mana kita mampu melangkah,” ujarnya.

Untuk rekod, tiket perlawanan bagi menyaksikan pertemuan antara JDT dan Buriram United, esok telah habis terjual.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya