JDT ikat Buriram United 0-0

JDT ikat Buriram United 0-0

BERGSON Da Silva dikawal kemas pertahanan Buriram United dalam aksi pertama pusingan 16 ACLE di Stadium Chang Arena, Buriram di Thailand, sebentar tadi.- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengikat gergasi Thailand, Buriram United 0-0 dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Chang Arena di Buriram, Thailand itu, tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai perlawanan berbanding skuad kendalian Hector Bidoglio.

Pada separuh masa pertama, Buriram yang dikendalikan Osmar Loss Veira melakukan asakan bertali arus ke pintu gawang Harimau Selatan yang dikawal oleh Andoni Zubiaurre.

Jenteras serangan Buriram yang diketui Martin Boakye banyak mendatangkan masalah buat benteng JDT, namun Park Jun Heong berjaya mengawal keadaan bagi mengelak gawang Harimau Selatan dibolosi.

Bersambung babak kedua, peluang terbaik Buriram hadir pada minit ke-67, namun tandukan deras Suphanat Muenta berjaya dihalang dengan kemas oleh Zubiaurre.

JDT mempamerkan sedikit kebangkitan selepas Bidoglio membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Afiq Fazail dan Juan Muniz, namun pergerakan yang dirancang banyak tersekat di bahagian tengah.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0 dan kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Mac ini bagi menentukan pasukan mana layak ke suku akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya