Ibu pejabat baharu MOM bernilai RM103 juta

Ibu pejabat baharu MOM bernilai RM103 juta

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal membina ibu pejabat baharu bernilai RM103 juta yang dikenali sebagai Rumah Olimpik di Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, bangunan itu dibina di atas tanah berkeluasan lima ekar dan bakal digunakan secara rasmi sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

Katanya, selain menjadi ibu pejabat MOM, bangunan yang diinspirasikan Rumah Olimpik di Lausanne, Switzerland itu turut memiliki dewan bankuet, muzium, pejabat Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), bilik mesyuarat serta beberapa kemudahan lain dengan rekaan bentuk terkini, moden dan mesra alam.

Rumah Olimpik akan dibina bersebelahan dengan Stadium Hoki Nasional dan dikelilingi oleh Stadium Nasional, Pusat Akuatik Nasional, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Bangunan itu akan dibina di atas tanah yang berkeluasan 2 ekar yang telah diluluskan untuk kami dan bakinya akan digunakan bagi tujuan landskap yang juga telah mendapat kelulusan daripada PSM (Perbadanan Stadium Malaysia).

“Tempoh pajakan tanah tersebut adalah selama 30 tahun. Kami akan mencari jalan untuk menggunakan kemudahan di bangunan tersebut bagi menjana pendapatan kepada MOM.

“Ia akan terletak di pintu masuk KLSC, menjadi lokasi yang sempurna dan pusat kepada semua kemudahan, serta mudah diakses dan berdekatan dengan rangkaian pengangkutan awam,” kata Norza.

Menurut Norza, Wisma MOM yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur sudah tidak lagi sesuai memandangkan ia terletak di tengah-tengah ibu negara dengan kawasan sekitar yang sesak.

Dalam perkembangan lain, Norza memberitahu beliau akan bertanding bagi mempertahankan jawatannya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MOM bagi pemilihan sesi 2025-2029 pada 19 April ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya