Hanya panggil pemain bersemangat tinggi - Cklamovski

Hanya panggil pemain warisan ada ‘jiwa Malaysia’- Cklamovski

PEMAIN negara menjalani latihan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini di Stadium Suotan Ibrahim (SSI).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemain warisan baharu di luar negara hanya dipanggil menyertai kem Harimau Malaya sekiranya mereka bersemangat tinggi untuk menyarung jersi kebangsaan.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkata, setakat ini, beliau tidak ada pengesahan sama ada terdapat pemain warisan baharu yang sah bersama Harimau Malaya.

Katanya, beliau bukanlah orang yang tepat untuk memberi perkembangan terkini tentang pemain warisan baharu itu setelah tidak terlibat dalam proses pendaftaran mereka.

“Tiada kemas kini (status pemain warisan) hari ini. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk memberi perkembangan mengenainya hari ini, maafkan saya.

“Saya juga tidak terlibat dengan proses itu tapi saya harap saya dapat kongsi berita tentang perkara itu tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini, dua pemain yang beraksi di luar negara, Jon Irazabal dan Hector Hevel menjadi sebutan sebagai calon pemain warisan baharu yang akan menyertai Harimau Malaya.

Pengendali kelahiran Australia itu berkata, jika itu berlaku, pemain warisan itu juga akan terlibat dalam sesi pemilihan sebelum memanggil mereka bagi menyertai pasukan kebangsaan.

“Saya melihat mereka (pemain warisan) ini sebagai orang Malaysia yang berada di luar negara, mereka ini sanggup bermandi darah dan memerah keringat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

“Saya boleh beri jaminan bahawa pemain berdarah Malaysia ini bersemangat untuk mewakili negara, jika tidak, saya tidak akan pilih mereka,” katanya.

Tambah bekas pengendali FC Tokyo itu, tumpuannya kini terarah bagi mempersiapkan pasukan menjelang aksi pusingan ketiga Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Selasa ini.

“Apa yang saya lihat dalam kem latihan seminggu ini, pemain menjadi diri mereka sendiri dan sesuaikan dengan modul latihan yang ditekankan dalam tempoh yang singkat ini.

“Saya mahu pemain memahami konsep yang ingin diketengahkan dalam sesi latihan untuk diterjemahkan sebaik mungkin dalam perlawanan nanti dengan memberi aksi terbaik untuk meraih tiga mata,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya