Hamidin bakal kembali ke FAM?

Hamidin bakal kembali ke FAM?

HAMIDIN MOHD AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masih tiada perbincangan di lakukan bagi mewujudkan jawatan Presiden Kehormat dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membawa Tan Sri Hamidin Mohd. Amin kembali ke badan induk bola sepak negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan sememangnya ada agenda untuk membawa kembali mantan Presiden FAM itu dalam kepimpinan badan induk bola sepak negara kelak.

Berdasarkan kepada mesyuarat Exco FAM sebelum ini, perkara berkenaan tidak dibincangkan sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada Hamidin akan membuat ‘comeback’atau sebaliknya.

“Jika diikutkan sememangnya perkara ini belum dibincangkan lagi (jawatan Presiden Kehormat). Kita akan membincangkan jawatan Presiden Kehormat membabitkan Tan Sri dan akan umumkan apa yang dibincangkan.

“Pucuk pimpinan baru akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan ketika ini sekali gus tiada isu berbangkit.

“Jika ikut pengalaman Tan Sri (Hamidin) tak boleh dinafikan kerana beliau memegang jawatan Exco di FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa),” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka FAM bersama Media, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, terdapat desas-desus menyatakan bahawa Hamidin akan kembali semula dalam arena bola sepak negara sebagai Presiden Kehormat FAM.

Hamidin meninggalkan FAM selepas membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandang sejak 2018 pada kongres pemilihan badan induk itu bagi penggal 2025-2029 yang berlangsung, hari ini.

Situasi itu menyaksikan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub diangkat sebagai presiden kelapan badan induk itu sejak 1951 selepas diumumkan menang tanpa bertanding.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya