Farah sasar emas di Scotland

Farah sasar emas di Scotland

FARAH menyasarkan untuk meraih emas di Kejohanan Boling Padang Tertutup Dunia di Aberdeen, Scotland pada 20 hingga 25 April depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah bertekad untuk membawa pulang pingat emas dalam Kejohanan Boling Padang Tertutup Dunia di Aberdeen, Scotland pada 20 hingga 25 April depan.

Farah yang kini menduduki ranking No. 1 Dunia, berkata, bagi mencapai sasaran itu, dia kini giat melakukan persiapan bagi memastikan dirinya berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan berprestij itu.

“Fokus saya kini adalah untuk terus menjalani latihan secara konsisten dari segi mental dan fizikal. Saya juga perlu bersedia dengan keadaan cuaca sejuk di Scotland yang mungkin menjadi cabaran utama di sana,” katanya.

Menurutnya, kejohanan tersebut akan menjadi penentu bagi mempertahankan kedudukan ranking dunia berdasarkan jumlah mata yang diperoleh.

“Saya sasarkan sekurang-kurangnya untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik bagi memastikan mata yang dikumpul mencukupi untuk mengekalkan kedudukan saya. Namun, jika boleh, saya mahu membawa pulang emas buat Malaysia,” jelasnya.

Mengulas mengenai persiapan sepanjang bulan Ramadan, beliau lebih menumpukan kepada latihan ringan di rumah serta sesi latihan pada hujung minggu bagi memastikan momentumnya tidak terjejas.

“Bila bulan puasa, saya tak mahu terlalu memaksa diri. Saya akan buat latihan yang lebih ringan kerana di Scotland nanti, padangnya juga lebih ringan. Lepas raya, saya akan sertai latihan berpusat sebelum berangkat ke Aberdeen,” katanya.

Dalam pada itu, Farah turut mendedahkan bahawa dia tidak dapat menyertai Kejohanan Boling Padang Asia di Filipina kerana tumpuannya sepenuhnya diberikan kepada kejohanan di Scotland.

“Saya tetap akan mengikuti latihan bersama pasukan walaupun tak dapat ke Filipina kerana ini juga membantu persiapan saya ke Scotland,” tambahnya.

Sebelum ini, Farah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain No.1 Dunia..

Berdasarkan kemaskini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya