Faisal sentiasa beri komitmen 100%

Faisal sentiasa beri komitmen 100%

Faisal (kanan) diasak pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada perlawanan Liga Super, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir 10 bulan berjuang demi mendapatkan prestasi terbaik akhirnya penyerang Selangor FC, Faisal Halim kembali berada di kemuncak apabila membantu pasukannya dengan meledak hatrik membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) FC 7-0 dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Lebih manis, itu merupakan kali pertama Faisal diletakkan dalam kesebelasan utama dan beraksi selama 90 minit di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi berkata, kejayaan itu semuanya didorong oleh komitmen 100 peratus yang diberikan Faisal dalam sesi latihan dan walaupun sebahagian besar tidak diturunkan, namun dia memiliki sikap yang menakjubkan.

“Saya telah memberitahu bukan hanya dia tetapi juga beberapa pemain yang jarang bermain, agar terus berusaha demi pasukan dan jika anda bermain dengan baik dan jika anda berkorban untuk pasukan, pasti masanya akan tiba.

“Mickey (Faisal) sentiasa bercakap dengan saya seperti ini dan sudah tentu saya tahu dia mahu bermain lebih banyak tetapi dia hanya perlu menunggu masa yang tepat untuk bersedia dan bermain dengan lebih baik daripada sebelumnya.

“Dan hari ini (kelmarin) saya memutuskan untuk meletakkannya dari awal hingga akhir dan dia menunjukkan kebolehannya kepada penyokong dan peminat bola sepak di Malaysia.

“Jadi ini adalah perkara yang baik tetapi dia mesti terus berusaha seperti itu walaupun berhadapan dengan pasukan yang kuat,” kata Kinoshi selepas Faisal bergelut untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik berikutan menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu tahun lalu.

Kemenangan besar itu membolehkan Selangor FC mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) II musim depan apabila menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua walaupun masih berbaki dua perlawanan.

Bercakap perancangan pasukannya menghadapi kejohanan kedua berprestij di Asia itu, Kinoshi berkata, pemainnya perlu keluar daripada zon selesa dalam Liga Super.

“Jika anda mahu jadi lebih baik, kena keluar daripada zon selesa. ACL II sudah tentu bukan zon selesa sebab lawan lebih kuat berbanding di sini (liga). Kenapa kita nak keluar daripada zon selesa sebab kami mahu jadi pasukan yang bagus.

“Kami juga berharap pemain perlu lebih kuat daripada sekarang. Jika anda lakukan perkara yang sama seperti tahun ini, bermakna keputusannya tidak akan bagus. Jadi, usaha kami perlu digandakan, kami kena kuat berlatih dan ada mentaliti yang kuat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya