TNB elak tekanan berlebihan

TNB elak tekanan berlebihan

Ketua jurulatih Pasukan Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini ketika bercakap pada sidang akhbar menjelang final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengakui pasukannya tidak boleh memberi tekanan yang keterlaluan kepada diri sendiri menjelang aksi final Piala TNB, hari ini.

Turun selaku penyandang juara, TNB dijadual menentang juara Liga Hoki Malaysia (LHM) dan Piala Sumbangsih musim ini iaitu Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Nor Saiful Zaini berkata, tekanan pada aksi final tidak sama seperti perlawanan liga mahupun pusingan kalah mati lantas corak permainan ringkas perlu diterapkan oleh pemainnya bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Bermain sebagai pasukan itu yang pertama. Kemudian, bermain seperti yang dirancang serta pemain perlu buat sesuatu yang luar biasa.

“Jangan hilang banyak bola. Dapatkan kepercayaan antara satu sama lain kerana itu boleh kurangkan tekanan mereka. Kita ambil tekanan itu sebagai pasukan. Itu yang penting. Cara kita bermain adalah tidak memberi tekanan kepada sesiapa dalam padang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, pengalaman daripada kekalahan dalam aksi Piala Sumbangsih kepada THT menjadi rujukan kepada Nor Saiful Zaini agar pemainnya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Kalau diingat semula, masa menentang THT dalam Piala Sumbangsih, kita turun untuk menang tetapi kita banyak buat kesilapan terutamanya di jentera serangan dan kita tidak bermain sebagai satu pasukan. Kami belajar daripada kesilapan itu,” katanya.

Sebagai rekod, TNB tewas 2-1 kepada THT dalam aksi Piala Sumbangsih di Bukit Jalil pada 4 Januari lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya