Tiga pemain tunggu pelepasan rasmi

Tiga pemain tunggu pelepasan rasmi

Tiga pemain skuad sepak takraw negara belum mendapat pelepasan rasmi untuk menjalani latihan di bawah Program Podium.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pemain skuad sepak takraw kebangsaan masih menunggu pelepasan rasmi daripada majikan masing-masing sebelum dapat menyertai latihan bersama Program Podium dalam masa terdekat.

Ketika ini, tekong utama Selangor Pistons, Zuhri Muhammad Zain, apit kiri Negeri Sembilan Antlers, Zuleffendi Sumari, dan Tekong KPT-Masum, Muhammad Amar Roslan masih belum mendapat pelepasan rasmi.

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, proses pelepasan pemain-pemain berkenaan kini berada di peringkat akhir dan dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

“Kita masih menunggu pelepasan rasmi daripada majikan mereka. saya yakin dalam tempoh terdekat, mereka akan bersama skuad kebangsaan.

“Buat masa ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) belum bercadang untuk memanggil pemain baharu bagi menggantikan mereka kerana proses ini masih berjalan,” katanya.

Beliau juga berkata, kehadiran tiga pemain itu amat penting dalam perancangan pasukan menjelang kejohanan besar yang bakal dihadapi tahun ini.

Skuad negara kini sedang menjalani latihan intensif sebagai persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa dan barisan kejurulatihan berharap semua pemain dapat melapor diri secepat mungkin.

Malaysia akan menyertai Piala Dunia Sepak Takraw di Bihar, India pada Mac depan dan selepas itu akan menjadi tuan rumah kejohanan Piala Asia Sepak Takraw pada Mei nanti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya