Terengganu intai kejutan di SSI

Terengganu intai kejutan di SSI

PEMAIN Terengganu menjalani latihan untuk berdepan JDT di separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini.-IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu FC sedar mereka berdepan misi mustahil untuk memadam defisit empat gol ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), hari ini.

Tumpas 0-4 kepada skuad kendalian Hector Bidoglio dalam aksi pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada awal bulan lalu menampakkan kelemahan Sang Penyu, namun mereka tetap memasang impian melakar kejutan.

Pengendali Terengganu FC, Badrul Afzan Razali percaya anak buahnya masih boleh memberi saingan kepada juara bertahan itu biarpun Harimau Selatan mempunyai rekod bersih dan masih ‘kebal’ di laman sendiri

“Terengganu berdepan JDT sebanyak tiga kali dan kita tahu bahawa lawan merupakan pasukan yang cukup berkualiti di semua bahagian.

“Malah kita pun tahu bahawa bukan satu tugas mudah untuk membawa keputusan positif keluar dari Stadium Sultan Ibrahim, namun tiada yang mustahil menterbalikkan defisit 0-4, insya-Allah.

“Dan inilah masa terbaik setiap pemain Terengganu menampilkan aksi terbaik masing-masing untuk aksi separuh akhir kedua ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Badrul Afzan berkata, skuad Penyu melakukan persiapan rapi untuk berdepan gergasi bola sepak negara itu.

“Untuk perlawanan Liga Super sebelum ini saya memuji perubahan karakter pemain selepas kekalahan separuh akhir pertama Piala Malaysia.

“Kita berjaya mencipta beberapa peluang, namun gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan itu sahaja.

“Persiapan menentang JDT berjalan seperti biasa, cuma kita kehilangan khidmat Ismahil Akinade dan Rahadiazli Rahalim, selain Akram Mahinan yang mengutip dua kad kuning,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya