Terengganu belasah Sri Pahang 5-1

Terengganu belasah Sri Pahang 5-1

PERTAHAN Sri Pahang, Adam Nor Azlin ketika mengawal pergerakan pemain Terengganu FC dalam pertembungan Liga Super di Stadium Perbandaran Temerloh, malam ini.- IHSAN SRI PAHANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Finalis Piala Malaysia 2025, Sri Pahang FC dimalukan oleh Terengganu FC apabila dibelasah 5-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Hanya tiga minit diperlukan untuk Akhyar Rashid menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan bagi membuka jaringan pada pesta skuad Penyu di gelanggang lawan.

Pada minit ke- 20, Sri Pahang terus dihukum selepas sepakan kaki kiri kapten Terengganu , Safawi Rashid dari luar kotak penalti terkena palang sebelum melencung masuk ke dalam gawang Sri Pahang untuk gol dua pelawat.

Sri Pahang terus dirundung malang kerana terpaksa beraksi sepuluh orang pada minit ke-28 selepas Aleksandar Cvetkovic diperintah keluar padang kerana menerima kad merah ekoran mengasari Akhyar.

Anak buah Badrul Afzan Razali mendapat sepakan percuma dengan bantuan VAR ekoran tindakan Cvetkovic itu dn mereka berjaya menambah jaringan gol ke tiga untuk kedudukan 3-0 melalui tindakan susulan Safwan Mazlan.

Bagaimanapun, disebalik keghairahan pelawat menambah gol, Sri Pahang berjaya merapatkan jurang gol pada minit 38 melalui sepakan Sergio Aguero selepas mendapat lorongan cantik Ahapov.

Pada babak kedua, Fandi Ahmad membawa masuk Ibrahim Manusi dan David Rowley untuk membantu penyerang Sri Pahang  bangkit mencari jaringan gol.

Bagaimanapun, Terengganu lebih banyak mengasak ke kubu Sri Pahang tetapi keadaan padang becak dan kecekapan Zarif Irfan banyak membantu tuan rumah daripada terus dibolosi.

Terengganu kembali menggearkan gawang tuan rumah pada minit ke 57 selepas Ismaeel Akinade mudah melepasi permain pertahanan Sri Pahang sebelum menewaskan penjaga gol tuan rumah untuk gol ke empat.

Dua minit teriakhir perlawanan, Manuel Ott berjaya menambah satu lagi jaringan gol untuk Terengganu bagi keputusan penuh menewaskan Sri Pahang 5-1 bagi untuk mencabar kedudukan Sabah FC di tangga ke dua liga Super.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya