Sri Pahang ke final Piala Malaysia

Sri Pahang ke final Piala Malaysia

PERTAHANAN Sri Pahang, Adam Nor Azlin menghalang bola daripada dirampas Stuart Wilkin dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.-IHSAN SRI PAHANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Peluang terbuka antara Sri Pahang FC dan Sabah FC untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 menjadikan perlawanan berlangsung sengit dengan aksi menarik kedua-dua pasukan.

Kehadiran penyokong tuan rumah yang memenuhi stadium yang berkapasiti 9,283 orang itu nyata menyuntik semangat Sri Pahang melancarkan beberapa siri serangan awal ke gawang Sabah.

Pada minit ke-10, Sri Pahang mendapat peluang terbaik untuk mendahului pelawat melalui hantaran lintang Mykola Ahapov dari sebelah kiri tetapi gagal ditanduk kemas Sergio Aguero.

Empat sepakan sudut dalam tempoh 22 minit sudah cukup menceritakan betapa anak buah Fandi berusaha keras untuk menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Chien.

Gerakan Sri Pahang nampak lebih tersusun melancarkan serangan tetapi pertahanan Sabah masih kebal sambil penyerang Sabah, S. Kumaahran dan Daniel Ting turut melakukan serangan balas yang mudah di selamatkan penjaga gol tuan rumah, Zarif Irfan.

Sabah berpeluang mendahului tuan rumah pada minit ke-46 tetapi Baqiuddin Shamsudin menjadi penyelamat menguis bola keluar tandukan Dareen Lok di atas garisan gawang gol Sri Pahang.

Tambahan masa tiga minit masih gagal untuk kedua-dua pasukan membawa bekalan selesa untuk aksi bersambung di separuh masa kedua.

Sri Pahang beberapa kali melakukan beberapa gerakan terbaik dari tengah tetapi hantaran tidak tepat ke arah Kpah Sherman atau Ahapov di jentera serangan sering menjadi penghalang.

Sabah juga sudah mula menunjukkan penampilan untuk memburu gol melalui sepakan Pedro Duarte pada minit ke-65 tetapi berjaya ditangkap kemas Zarif Irfan.

Dalam usaha menyelamatkan jaringan gol di depan gawang sendiri, Park Tae Soo tertanduk bola melepasi kawalan Damien Lim pada minit ke 72 untuk Sri Pahang mendahului Sabah 1-0.

Kegembiraan penyokong Sri Pahang tidak lama selepas Pedro sempat melorongkan bola kepada Kumaahran untuk gol penyamaan Sabah dengan agregat kembali terikat 2-2.

Pada minit ke-92, Sherman hampir membawa Sri Pahang menamatkan perlawanan tanpa masa tambahan masa 30 minit lagi tetapi bola sepakannya hanya sedikit tersasar dari kiri gawang gol Sabah.

Pergerakan awal Sri Pahang melancarkan serangan masih gagal menambah gol sehingga tamat 15 minit separuh pertama tambahan.

Sebaik separuh masa ke dua bersambung, sepakan Sherman yang mendapat bola dari David Rawley pada minit ke- 105 berjaya menewaskan penjaga gol pelawat untuk Sri Pahang mendahului Sabah 2-1 sekali gus menangan dengan agregit 3-2.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya