Skuad hoki perlu lebih menyinar

Skuad hoki perlu lebih menyinar

AKSI pemain negara (tengah) ketika berdepan Trinidad & Tobago penentuan tempat ke-11 dan 12 dalam kempen Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia.- IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap skuad hoki negara dapat menterjemahkan keputusan yang positif setiap kali mereka bertanding dalam kejohanan di pentas antarabangsa.

Hannah berkata, pihaknya sentiasa bersedia memberikan sokongan kepada skuad hoki negara yang terdiri daripada hoki padang, dalam dewan serta lima sebelah bagi pasukan lelaki dan wanita untuk terus lebih berdaya saing.

“Ada pasukan lain di bawah (sukan) hoki yang memerlukan sokongan, bukan sahaja pasukan utama (hoki padang) dan bagi KBS, kami sudah memberi sokongan kepada hoki lima sebelah.

“Sekarang ada hoki dalam dewan, pertama mereka ingin mencari tempat latihan kekal dan itu juga kami lakukan dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Kami menyokong apa saja yang boleh.

“Saya fikir apabila anda bercakap tentang hoki, anda tidak hanya melihat hoki dalam dewan, anda perlu melihat semua pasukan hoki. Sekarang, saya hanya mahu mereka fokus kembali selaraskan semula.

“Di KBS, kami selalu menyokong mereka secara kewangan. Sekarang, saya hanya mahu melihat keputusan untuk hoki. Saya bukan mengatakan hoki dalam dewan sahaja tetapi ada hoki lima sebelah dan hoki padang,” kata Hannah.

Kelmarin skuad hoki dalam dewan negara menamatkan kempen Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di tangga kedua tercorot daripada 12 pasukan bertanding di Porec, Croatia.

Malaysia berada di kedudukan ke-11 selepas mencatat kemenangan sulung pada kejohanan itu selepas menumpaskan Trinidad & Tobago 6-4 pada aksi penentuan tempat ke-11 dan 12.-UTUSAN.

habis

KAPSYEN: AKSI pemain negara (tengah) ketika berdepan Trinidad & Tobago penentuan tempat ke-11 dan 12 dalam kempen Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia.- IHSAN FIH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya