Sivasangari ke separuh akhir Piala Cincinnati Gaynor 2025

Sivasangari ke separuh akhir Piala Cincinnati Gaynor 2025

S. Sivasangari sewaktu beraksi menentang Torrie Malik pada suku akhir Piala Cincinnati Gaynor 2025 di Cincinnati, Amerika Syarikat, semalam. - Gambar ihsan PSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita utama negara, S. Sivasangari menjadi wakil tunggal Malaysia yang meneruskan Piala Cincinnati Gaynor 2025 di Cincinnati, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Pemain No. 10 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mara ke separuh akhir selepas cabaran Torrie Malik dari England 11-6, 11-9, 11-7 dalam masa 27 minit pada suku akhir.

Manakala naib berbeza menimpa seorang lagi wakil negara, Rachel Arnold yang tumpas 5-11, 5-11, 3-11 kepada atlet tuan rumah, Olivia Weaver dalam masa 23 minit.

Kekalahan Rachel bakal menemukan Weaver dengan Sivasangari di peringkat empat terbaik, hari ini.

Bukan satu misi yang mudah buat anak jati Sungai Petani, Kedah itu, namun, mengenali Sivasangari yang mendapat jolokan sebagai ‘giant killer’, maka, tidak mustahil jika ada kejutan berlaku.

Sivasangari yang berada di dalam program Road To Gold bagi mempersiapkan pemain itu ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, membawa harapan besar Malaysia menjadi wakil pertama negara menjejakkan kaki ke temasya terbesar di dunia itu menerusi sukan skuasy.

Bagi menghidupkan impian tersebut, pemain berusia 26 tahun itu menggalas tanggungjawab berat membuktikan dia mampu beraksi konsisten dan sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap potensinya memburu pingat emas Olimpik negara.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki No. 1 Malaysia, Ng Eain Yow disekat kemaraannya pada separuh akhir Terbuka Motor City di Kelab Birmingham Athletic, Detroit, Amerika Syarikat.

Eain Yow yang menghuni ranking No. 12 dunia dikejutkan pemain ke-18 dunia, Leonel Cardenas dari Mexico 7-11, 4-11, 4-11 dalam masa 49 minit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya