Sawda tuai emas pertama untuk skuad remaja

Sawda tuai emas pertama untuk skuad remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Pelumba berbasikal trek negara, Sawda Hasbullah, menepati ramalan apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara 1 kilometer(km) ujian masa wanita junior pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai.

Atlet berusia 17 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mencatat masa terpantas, sekali gus memastikan Malaysia terus gah dalam sukan berbasikal trek di peringkat Asia.

Sawda, yang sebelum ini berdepan cabaran dalam acara terdahulu, mengakui bahawa penambahan jarak perlumbaan memberi cabaran besar kepadanya, namun dia tetap berjaya mengawal rentak kayuhan dengan baik.

“Saya sangat bersyukur, Alhamdulillah. Saya tahu ia bukan perlumbaan yang mudah, terutama dengan tambahan jarak yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

“Namun, saya sudah bersedia dan hanya fokus kepada strategi yang telah dirancang,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.

Tambahnya, kejayaan ini adalah penebus kekecewaan selepas gagal mencapai keputusan yang diinginkan dalam acara keirin pada jumaat.

“Saya kecewa dengan keputusan sebelum ini, tetapi saya tidak mahu berputus asa. Saya berusaha keras untuk bangkit dan Alhamdulillah, hari ini saya berjaya melakukannya,” katanya

Sawda mencatatkan masa 1:10.818 saat(s) sekaligus memecahkan rekod Asia dalam kategori remaja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya