Pemain KDN hanya berlatih dua hari sebelum perlawanan

Pemain KDN hanya berlatih dua hari sebelum perlawanan

KESEBELASAN utama KDN FC ketika menentang Penang FC dalam aksi Liga Super, kelmarin.- IHSAN PENANG FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) berada dalam keadaan cukup kritikal dan boleh disifatkan sekadar bermain untuk melengkapkan jadual perlawanan Liga Super bagi musim ini.

Perkara itu diakui pengendali sementaranya, Kamarudin Muhammad yang menerima arahan untuk turun melatih pasukan bagi perlawanan menentang Penang FC di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Menurutnya, beliau sekadar menerima arahan daripada Presiden KDN FC, Rozi Muhamad untuk melatih KDN, malah dimaklumkan oleh pengurus pasukan bahawa kehadirannya hanya sebagai ‘care taker’ bagi perlawanan malam tadi.

“Saya nampak KDN sekarang ini dalam keadaan kritikal dan bermain sekadar untuk melengkapkan jadual liga. Bagi perlawanan seterusnya saya harap pasukan ini dapat dikendalikan oleh seorang jurulatih yang benar-benar berkaliber.

“Untuk perlawanan seterusnya saya benar-benar berharap Rezal Zambery Yahya selaku penolong ketua jurulatih, dapat kembali membimbing KDN FC,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super menentang Penang FC, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan KDN terus merekodkan kekalahan apabila dibelasah 1-6 oleh Penang FC yang dibimbing bekas pemain Kelantan, Wan Rohaimi Wan Daud.

Mengulas perlawanan semalam, Kamarudin berkata, beliau sudah mengagak barisan pemain muda KDN FC dengan kehadiran beberapa pemain senior tidak mampu melawan Penang yang dibarisi pemain lebih berpengalaman, bertenaga serta berkualiti.

“KDN sebenarnya ada masalah dari segi latihan kerana tidak mempunyai hari-hari latihan secara tetap. Pemain cuma dipanggil dan dikumpulkan dua hari sebelum perlawanan untuk menjalani latihan.

“Dalam tempoh seminggu kita hanya berlatih sebanyak dua atau tiga hari dan itulah punca pasukan ini lemah dari segi stamina dan tenaga untuk berdepan Penang,” katanya.

Katanya, kelemahan taktikal dan kecergasan pemain KDN jelas kelihatan apabila sekadar mampu menyaingi pada separuh masa pertama dan terpaksa bertahan selama 35 minit pada separuh masa kedua bagi mengelak dibolosi dengan jumlah jaringan lebih besar.

“Seterusnya saya berharap presiden bersama pihak pengurusan kelab dapat menyelesaikan apa juga masalah dihadapi agar pasukan ini dapat terus bersaing dalam Liga Malaysia dalam keadaan lebih positif,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya