Musim penuh gemilang THT

Musim penuh gemilang THT

Pasukan hoki Terengganu Hockey Team (THT) menjulang Piala TNB selepas menewaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, kelmarin. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Hoki Terengganu (THT) membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan treble dengan rekod tanpa kalah, sekali gus mengulangi pencapaian pada musim 2023.

Ketua jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom mengakui berbangga malah memberi kredit sepenuhnya kepada anak-anak buahnya apabila berusaha keras memburu kejayaan sejak dari awal musim.

“Saya bersyukur dan bangga dengan pemain pada hari ini (kelmarin). Mereka bukan sahaja habiskan liga tanpa kalah, walaupun seri di final Piala TNB tetapi kami bangkit dalam penalti shoot-out.

“Pemain beraksi bermati-matian untuk menang hari ini. Kita tahu TNB (Tenaga Nasional Berhad) sangat bahaya dalam serangan sejak kalah dalam aksi Piala Sumbangsih tempoh hari.

“Kita analisis kekuatan mereka dan hari ini pemain dapat bertahan dengan baik. Saya tak jangka (perlawanan ditentukan menerusi penalti shoot-out). Alhamdulillah rezeki berpihak kepada THT,” katanya.

Harfizi ditemui pemberita setelah kejayaan pasukannya menjuarai Piala TNB menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-0 menerusi penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Terdahulu, THT menjuarai Piala Sumbangsih menewaskan TNB 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 4 Januari lalu sebelum memenangi saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.

Sementara itu, jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata, dia tetap berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh pasukannya meskipun pemainnya tidak memanfaatkan peluang yang ada.

“Suku ketiga dan keempat kita bermain dengan bagus tetapi tidak dapat menjelmakan gol,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya