Menang atau balik awal

Menang atau balik awal

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tumpas kepada Tan Chung Man-Ng Tsz Yau 21-17, 17-21, 11-21 dalam aksi pertama menentang hong Kong, semalam.- IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Percaturan tidak menjadi sewaktu berdepan Hong Kong, semalam, menyaksikan Malaysia tumbang 2-3 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025 di Pusat Sukan Qingdao Conson di Qingdao, China, semalam.

Kekalahan itu telah meletakkan skuad negara berdepan misi sukar menentang Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, hari ini.

Barisan kejurulatihan tidak boleh lagi mengulangi kesilapan sama dalam meletakkan pemain yang bakal menggalas misi berat itu kerana pertimbangan atau percaturan yang salah hanya akan membawa skuad kebangsaan ke ‘jalan mati’.

Beregu campuran No. 4 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, gandingan lelaki No. 12 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao yang menghuni ranking ke-28 dunia perlu bermain menentang Indonesia.

Dibahu mereka, Malaysia sekurang-kurangnya mampu menghadirkan cabaran yang kuat kepada Indonesia, tetapi, ketiga-tiga wakil Malaysia itu tidak boleh buat silap atau tewas kepada lawan masing-masing.

Ini kerana pasukan kebangsaan tidak mempunyai wakil yang kuat dalam saingan perseorangan dan beregu wanita.

Kemenangan 3-2 ke atas Indonesia bakal menempatkan Malaysia ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan B dengan Indonesia hanya memerlukan dua mata untuk muncul juara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya