Kecederaan tidak halang Mei Xing ke BAMTC

Kecederaan tidak halang Mei Xing ke BAMTC

TEOH Mei Xing-Go Pei Kee akan membarisi skuad negara ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing akan memberikan aksi terbaik pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025, biarpun masih bergelut dengan kecederaan patella tendon yang dialaminya sejak setahun lalu.

Mengakui kecederaan tersebut sedikit menjejaskan pergerakannya, pemain berusia 28 tahun itu tetap optimis untuk menyumbang mata penting buat skuad negara dalam kejohanan berkenaan.

“Sudah tentu saya rasa sangat bertuah dapat peluang beraksi di BAMTC. Ini kejohanan penting untuk negara, jadi saya akan beri yang terbaik walaupun tahu saya masih dalam proses pemulihan.

“Saya masih rasa sakit, tetapi jika saya melakukan latihan dengan betul, ia tidak terlalu mengganggu permainan. Cuma bila latihan terlalu intensif, pergerakan saya jadi perlahan,” kata Mei Xing ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia, kelmarin.

Mengenai sasaran peribadi, Mei Xing bersama pasangannya, Go Pei Kee, menyasarkan untuk menembusi kelompok 20 terbaik dunia menjelang 2025, dengan menjadikan BAMTC sebagai batu loncatan untuk memperbaiki prestasi.

“Saya tidak terlalu memikirkan kecederaan bila berada di gelanggang. Fokus saya adalah untuk bantu pasukan dan gunakan peluang ini sebaik mungkin.

“Saya dan Pei Kee mahu gunakan kejohanan ini sebagai persediaan untuk mencapai sasaran 20 terbaik. Ini satu cabaran besar, tetapi kami yakin dengan kerja keras dan pengalaman di BAMTC, kami mampu capai sasaran itu,” katanya.

BAMTC dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 16 Februari ini di Qingdao, China.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya