Juara dunia Moto3, Alonso dilantik duta RCB

Juara dunia Moto3, Alonso dilantik duta RCB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Juara dunia Moto3, David Alonso dilantik sebagai duta jenama penyedia utama alat ganti dan aksesori motosikal berprestasi tinggi di Malaysia, RCB.

Pelumba yang mendapat jolokan ‘baby G.O.A.T’ (greatest of the time) selepas dia mendominasi saingan Moto3, musim lalu, bakal membawa jenama kebanggaan Malaysia itu ke seluruh dunia melalui pembabitannya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.

Pengarah Pemasaran Kumpulan MKA, Marcus Leong berkata, dedikasi Alonso dan kecemerlangan yang dilakarnya, musim lalu, telah mendorong syarikat itu membawa pelumba Colombia kelahiran Sepanyol itu ke dalam keluarga RCB.

“Kerjasama ini bukan sahaja bertujuan untuk memperluaskan kehadiran RCB di peringkat global, tetapi, juga bagi mengukuhkan hubungan dengan komuniti sukan bermotor tempatan.

“Kita berharap dapat menjalinkan hubungan bukan sekadar untuk setahun, tetapi lebih lama daripada tempoh tersebut,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Alonso sebagai duta jenama RCB di Litar Antarabangsa Sepang Petronas, Selasa lalu.

Sementara itu, Alonso, 18, berkata, dia berbangga kerana diberi peluang mewakili RCB sebagai jenama yang mempunyai hubungan kuat dengan sukan permotoran dan memiliki pengaruh yang besar terhadap komuniti setempat.

Ketika ditanya pula mengenai persediaannya bagi menghadapi musim 2025 selaku pelumba Moto2, kata Alonso, dia baru sahaja pulih daripada kecederaan bahu dan kini mengejar masa bagi mendapatkan ruang waktu secukupnya menguji jentera menjelang perlumbaan pembukaan musim di Buriram, Thailand, hujung minggu ini.

“Saya hanya dapat menguji jentera sejak beberapa minggu lalu, tetapi, syukur saya telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu.

“Menjelang saingan di Thailand, memandangkan ini musim pertama saya sebagai pelumba Moto2, maka, saya melihat semua litar sebagai trek baharu kerana saingan Moto3 dan Moto2 jauh berbeza,” katanya.

Pelumba CFMoto Aspar Racing itu enggan memikirkan tentang sasarannya bagi musim 2025 dan mahu memberi fokus kepada catatan masanya memacu jentera Moto2.

Walaupun mengakui masa yang dimilikinya cukup singkat, tetapi, Alonso tetap optimis sesi latihan bebas di Thailand nanti akan dapat membantunya mencari keserasian dan masa sepusingan sebanyak mungkin.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya