Duo International Muaythai Fight 2025 janjikan pertarungan hebat

Duo International Muaythai Fight 2025 janjikan pertarungan hebat

Duo International Muaythai Fight 2025 bakal menyaksikan atlet muay thai tempatan bertarung dengan wakil-wakil luar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Duo International Muaythai Fight 2025 yang berlangsung pada Sabtu ini di Padang KRT Beris Kubur Besar di Bachok, Kelantan bakal menjanjikan pertarungan yang menghiburkan.

Kejohanan ini dijangka menarik perhatian peminat sukan seni mempertahankan diri tempatan dan antarabangsa, sekali gus menjadikan Kelantan sebagai hab utama perkembangan Muay Thai di Malaysia.

Menurut jurucakap penganjur, kejohanan ini dianjurkan dengan visi memperkukuhkan imej sukan Muay Thai ke peringkat global, selain mengetengahkan bakat-bakat tempatan, ia juga diyakini dapat memupuk perpaduan komuniti melalui sukan dan budaya.

“Inspirasi penganjuran ini lahir daripada potensi besar Muay Thai sebagai medium untuk menyatukan masyarakat, mempromosikan gaya hidup sihat, serta memperkenalkan warisan seni mempertahankan diri kepada generasi muda.

“Apa yang membezakan Duo International Muaythai Fight 2025 daripada kejohanan lain ialah gabungan elemen sukan dan budaya dalam satu acara unik. Penonton tidak hanya akan disajikan dengan aksi pertarungan mendebarkan, tetapi juga berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM70,000 melalui pembelian baju edisi khas.

“Lebih menarik, persembahan dikir barat oleh kumpulan-kumpulan terkenal dari Kelantan akan memeriahkan suasana dan memberikan pengalaman menyeluruh kepada penonton,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara kumpulan dikir barat yang akan membuat persembahan termasuk Kumpulan Sirat Maharaja, Fandi Kenali, Din Manja, Irfan Mutiara Biru, Farid Endoro, Joe Ranjuna, Amran DBA, dan Faizal Cenderawasih.

Kejohanan ini disokong sepenuhnya oleh Duo Sport dengan kerjasama Persatuan Muaythai Negeri Kelantan, sekali gus mencerminkan keazaman bersama untuk menjadikan Muay Thai sebagai sukan yang mampu menyatukan komuniti sambil memajukan ekonomi setempat.

Duo International Muaythai Fight 2025 akan menyaksikan pertarungan antara Akmal Rizal menentang Cheot Yao Zong, Daniel PLN Kelantan menentang Amzar Raja Lebah Kedah, Amin Muay Thai ATM menentang Epul Muay Thai Merican, Sham Anak Kapak PDRM menentang Hakim Red Wolves, Izat Zaki menentang Aiman Kuda Putih, Paid GC Turbo menentang Jordan Boy, dan Sabri Thaivisix menentang Putra Abdullah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya