Beregu lelaki bakal gegar dunia?

Beregu lelaki bakal gegar dunia?

AARON Chia-Soh Wooi Yik ketika beraksi di Terbuka Malaysia 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika kena dengan gayanya, 2025 bakal menyaksikan Malaysia menguasai acara beregu lelaki di pentas dunia selepas wakil negara mempamerkan peningkatan ketara.

Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pasti menjadi harapan selepas cemerlang dengan berada di kedudukan No.2 dunia ketika ini.

Bekas juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga mendapat suntikan semangat apabila mendapat sentuhan jurulatih baharu dari Indonesia, Herry Iman Pierngadi.

Selain beregu No.5 dunia itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menjuarai Indonesia Masters 2025 juga menarik perhatian Herry dan dijangka menembusi kelompok 10 terbaik dunia.

Herry tiba di Malaysia dengan reputasi hebat berjaya melahirkan jaguh dunia dan pengalaman dimilikinya dilihat mampu memantapkan barisan beregu lelaki khususnya di kem negara.

“Salah satu (sebab) saya mahu pergi ke Malaysia kerana barisan pemain Malaysia cukup baik. Kalau hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, kita masih mampu bersaing.

“Saya optimis beregu lelaki Malaysia mampu memberi saingan sengit dan saya berharap mampu menguasai beregu lelaki peringkat dunia. Hal ini kerana, barisan memenuhi syarat untuk main dalam kalangan pasangan terbaik dunia,” kata Herry.

Bagaimanapun, Malaysia masih bergelut mencari ‘pengganti’ Datuk Lee Chong Wei, namun kehadiran ketua jurulatih perseorangan negara dari Denmark, Kenneth Jonassen dijangka mampu melahirkan pemain yang berkualiti dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya